.

Monday 8 December 2014

Kursus Cloud Planning, Deployment and Management Using OpenStack

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pada 1 Disember 2014 hingga 5 Disember 2014 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies dan telah berkolaborasi dengan Centre for Mobile Cloud Computing Research Universiti Malaya (UM) untuk menganjurkan Kursus Cloud Planning, Deployment and Management Using OpenStack yang bertempat di Universiti Malaya. Kursus ini disertai seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Zakat Kedah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan 3F Resourses. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


OpenStack merupakan perisian perkomputeran awan daripada sumber terbuka yang boleh digunakan oleh semua orang. Selain itu, OpenStack terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu perkomputeran, simpanan dan rangkaian. OpenStack juga boleh dilayari pada setiap masa melalui pelayar web.

Suasana semasa kursus dijalankan
Antara kelebihan OpenStack ialah:
  1. Mempunyai pilihan memilih simpanan secara public atau private
  2. Boleh diakses pada setiap masa melalui pelayar web
  3. Boleh dinaik taraf dengan mudah (fleksibel)
  4. Penyimpanan tanpa had
  5. Menyediakan infrastruktur sebagai pelayan (IaaS) untuk menguruskan public atau private cloud
  6. Melindungi kegagalan peranti dengan mencegah dan mengawal data yang rosak
Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga peserta-peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus IT dan Softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment