Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Tuesday, 30 September 2014

Ciri-ciri (properties) CSS3 yang anda perlu biasakan

Border-radius

Ianya merupakan ciri-ciri CSS3 yang paling popular di mana ia memberikan sudut melengkung pada elemen anda .
-webkit-border-radius: 4px;
-moz-border-radius: 4px;
border-radius: 4px;

Box-shadow

Box-shadow akan membenarkan anda mengenakan bayang pada elemen anda.
-webkit-box-shadow: 1px 1px 3px #292929;
-moz-box-shadow: 1px 1px 3px #292929;
box-shadow: 1px 1px 3px #292929;

Text-shadow

Seperti box-shadow, tetapi ianya khas untuk teks. Text-shadow juga menerima empat parameter :
• x-offset
• y-offest
• Kabur (Blur)
• Warna Bayang
h1 {
text-shadow: 0 1px 0 white;
color: #292929;

Text-overflow

Pada asalnya ianya dibangunkan oleh Internet Explorer. Ciri ini boleh menerima dua nilai iaitu:
• Clip
• Ellipsis
Ciri ini boleh digunakan untuk memotong teks yang melebihi bekasnya (container), tetapi masih lagi membekalkan sedikit maklum balas kepada pengguna seperti ellipsis.
.box {
-o-text-overflow: ellipsis;
text-overflow:ellipsis;

overflow:hidden;
white-space:nowrap;

border: 1px solid black;
width: 400px;
padding: 20px;

cursor: pointer;

Kemudian, pengguna boleh memaparkan keseluruhan teks apabila menjalankan (hover) tetikus keatas bekas ‘container’ yang mengandungi sedikit maklum balas kepada pengguna.
.box:hover {
white-space: normal;
color: rgba(0,0,0,1);
background: #e3e3e3;
border: 1px solid #666;

Flexible Box Model

Ciri ini akhirnya membenarkan kita untuk melepaskan diri daripada apungan (floats).  Mari cuba demonstrasi mudah ini. Mula-mula bina susun atur dua lajur seperti dibawah.

Main content here

Aside content here

Untuk CSS pula, ‘container’ akan dianggap sebagai sebuah kotak dengan tinggi dan lebar yang umum.
#container {
width: 960px;
height: 500px; /* just for demo */

background: #e3e3e3;
margin: auto;

display: -moz-box;
display: -webkit-box;
display: box;

Kemudian, berikan warna yang unik kepada ‘#main div’ dan ‘aside’ untuk membezakannya.
#main {
background: yellow;

aside {
background: red;

Paparan anda akan jadi seperti rajah dibawah.

Apabila lebar bagi  ‘main’ ditambah, perkara seperti dibawah akan terjadi.
#main {
background: yellow;
width: 800px;

Ianya nampak lebih baik, tetapi ‘aside’ tidak mengambil kesemua ruang yang tertinggal. Anda boleh menetapkannya menggunakan ciri box-flex.
aside {
display: block; /* HTML5 element */
background: red;

/* take up all available space */
-moz-box-flex: 1;
-webkit-box-flex: 1;
box-flex: 1;

Dengan ciri box-flex, ‘aside’ akan memenuhi setiap ruang yang ada. Anda juga tidak perlu bimbang mengenai isu apungan seperti susunan elemen apungan akan berada dibawah kandungan utama.

Resize

‘Resize’ merupakan sebahagian daripada modul CSS3 yang membenarkan anda untuk menentukan bagimana ‘textarea’ boleh disaiz semula.
textarea {
-moz-resize: vertical;
-webkit-resize: vertical;
resize: vertical;

Nila-nilai yang boleh digunakan:
• Kedua-duanya (Both): Menegak dan mendatar
• Mendatar (Horizontal): Terhad kepada mendatar sahaja
• Menegak (Vertical): Terhad kepada menegak sahaja
• Tiada (None): Saiz semula dinyahdaya (disable)

Transition

Penambahan yang paling menarik bagi CSS3 mungkin ialah keupayaannya untuk mengaplikasikan animasi kepada elemen tanpa menggunakan JavaScript.

Mari cuba demo mudah ini, apabila anda menjalankan (hover) pada pautan bar sisi (sidebar), teks akan gelongsor (slide) sedikit ke kanan.

HTML

Hover Over Me

Hover Over Me

Hover Over Me

Hover Over Me

CSS
ul a {
-webkit-transition: padding .4s;
-moz-transition: padding .4s;
-o-transition: padding .4s;
transition: padding .4s;

a:hover {
padding-left: 6px;

Transition menerima tiga parameter iaitu:
• Ciri transition (Setkan nilai ini kepada semua jika diperlukan)
• Tempoh (duration)
• Jenis pelonggaran (Easing type)

*Transition tidak dikenakan ke atas ‘hover’ secara terus kerana animasi akan berlaku ketika mouseover sahaja. Ketika mouseout, elemen akan kembali kepada keadaan asal serta-merta.

Informasi ini telah diterjemahkan daripada Jeffrey Way

Sunday, 28 September 2014

Kursus Android Application Development di Kementerian Kerja Raya

Kursus Android Application Development di Kementerian Kerja Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 23 September 2014 hingga 26 September 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mengendalikan Kursus Android Application Development . Kursus yang dijalankan selama 4 hari itu telah dihadiri seramai 15 orang yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.

Suasana semasa kursus dijalankan

Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan para peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi berasakan Android dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan.

Tenaga pengajar memberikan tunjuk ajar kepada peserta

Antara objektif kursus ini ialah :

• Pendedahan asas mengenai sistem operasi Android.
• Tatacara pembangunan aplikasi berasaskan Android.
• Tatacara penggunaan peranti Android dengan lebih berkesan.

Antara kelebihan kursus ini ialah :

• Mampu menguasai alat-alat (tools) asas dalam pembangunan aplikasi android menggunakan Eclipse bersama Android Developer Tools (ADT).
• Mampu menguasai fungsi-fungsi asas didalam aplikasi android seperti memasukkan data, proses dan paparan.
Sesi penyampaian sijil

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta kursus ini kerana berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak KKR yang telah menjemput pihak Two Sigma Techonologies untuk mengendalikan Kursus Android Application Development.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Android Application Development di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

OPENSTACK

OPENSTACK

OpenStack adalah sumber terbuka (open source) untuk perisian perkomputeran awam (cloud computing software) yang mempunyai 3 bahagian utama iaitu perkomputeran (computing), simpanan (storage), dan sumber rangkaian (networking resources).

Bagaimana Openstack berfungsi

Perkomputeran (Computing)

• Membenarkan sekatan dan pengurusan rangkaian  yang besar pada mesin maya (virtual machines)
• Menawarkan infrastruktur sebagai perkhidmatan (IaaS) untuk mewujudkan polisi atau perkhidmatan sendiri
• Bahagian IT boleh menyediakan perkhidmatan awan (cloud) kepada perniagaan dan kumpulan.
• Menempatkan permintaan sumber web (web resources) atau aplikasi

Simpanan (Storage)

• Penyimpanan objek (Object storage) – Digunakan untuk melaraskan simpanan bagi perubahan data pada kos yang rendah.
• Penyimpanan blok (Block storage) – membenarkan peranti blok (block device) disambung pada simpanan tambahan untuk pengguna boleh menguruskan simpanan dengan mudah.

Rangkaian (Networking)

• Menyediakan sistem yang laju dengan aplikasi pengatucaraan yang membolehkan OpenStack berinteraksi dengan perisian yang lain secara pengurusan fleksibel pada rangkaian I/P yang luas.

Anatara kelebihan OpenStack ialah :

• Mempunyai pilihan memilih simpanan secara public atau private
• Boleh diakses pada setiap masa melalui pelayar web
• Boleh dinaik taraf dengan mudah (fleksibel)
• Penyimpanan tanpa had
• Menyediakan infrastruktur sebagai pelayan (IaaS) untuk menguruskan public atau private cloud
• Melindungi kegagalan peranti dengan mencegah dan mengawal data yang rosak
Kesimpulannya, OpenStack merupakan perisian perkomputeran awan daripada sumber terbuka yang boleh digunakan oleh semua orang. Selain itu, OpenStack terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu perkomputeran, simpanan dan rangkaian. OpenStack juga boleh dilayari pada setiap masa melalui pelayar web.

Friday, 26 September 2014

CMS – Perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal

CMS – Perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal

Pembangunan laman sesawang berasaskan HTML dan PHP kini menjadi lebih mudah dengan wujudnya sistem pengurusan kandungan (Content Management System – CMS ) seperti Wordpress, Joomla dan Drupal. Ianya menjadi pilihan bagi kebanyakkan pembangun (developer) yang inginkan pembangunan laman sesawang yang murah, cepat dan mudah. Bagi pembangun laman sesawang yang tidak mahu terlalu memeningkan kepala memikirkan mengenai kod dan aspek teknikal, maka menggunakan CMS mungkin adalah pilihan yang tepat.

WordPress VS Drupal VS Joomla

Wordpress, Joomla dan Drupal adalah antara gergasi CMS yang anda perlu pertimbangkan dalam pemilihan CMS. Setiap CMS ini mempunyai tahap kesesuaian kemahiran penggunanya. Mari kita lihat serba sedikit mengenai CMS ini dan lihat perbandingannya.

WordPress

Hari ini, lebih 40% dan bersamaan lebih 60 juta daripada laman sesawang CMS menggunakan WordPress, justeru menjadikannya CMS paling popular. Ianya didorong dengan beberapa faktor seperti:
• Mudah dipasang (install) – Ianya menawarkan pemasangan automatik yang pantas.
• Mudah disesuaikan (customizable) – Terdapat pelbagai plug-in, tema dan penyesuaian (customizations) disediakan.
• Percuma – Sesiapa sahaja boleh menggunakan WordPress dan memuat turun plug-in secara percuma.
• Sokongan Komuniti – Terdapat ramai pembangun di forum yang sedia membantu sekiranya anda mengalami masalah.
Namun terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul apabila laman sesawang anda semakin berkembang dan menerima pengunjung yang terlalu ramai. Masalah yang mungkin timbul adalah kekurangan sumber pelayan. Selain itu, rangka kerja (framework) WordPress dilihat lebih sukar untuk diubahsuai. Namun, untuk pengguna baru, ianya tidak menjadi masalah sebagai permulaan membina laman sesawang yang ringkas.
Antara laman sesawang yang menggunakan WordPress

Drupal

Drupal adalah CMS yang lebih berkuasa dan teknikal. Ianya bersesuaian untuk pembangunan blog yang ringkas hinggalah ke portal untuk syarikat besar. Antara kelebihan drupal adalah:
•  Lebih maju dari segi teknikal – Drupal adalah lebih maju dari segi teknikal jika dibandingkan dengan CMS yang lain.
•  Prestasi lebih tinggi – Halaman drupal lebih cepat diproses.
•  Mudah disesuaikan (customizable) – Drupal mudah disesuaikan dengan pelbagai plug-in, tema dan penyesuaian.
•  Percuma – Anda boleh memuat turun perisian Drupal secara percuma dan dipasang di hos pelayan anda.
Drupal adalah CMS yang paling berpretasi tinggi berbanding CMS yang lain. Anda memerlukan sekurang-kurangnya pengetahuan asas HTML dan PHP untuk menggunakan Drupal sebagai persediaan jika berlaku sebarang permasalahan.
Antara laman sesawang yang menggunakan Drupal

Joomla

Joomla adalah antara CMS yang hebat dan ianya dikatakan mampu untuk beroperasi tanpa sebarang masalah di kebanyakkan pelayan web. Pengguna tidak memerlukan kemahiran seperti pengguna Drupal, namun pengguna masih boleh menggunakan pelbagai ciri-ciri tambahan. Seperti WordPress dan Drupal, Joomla mempunyai pelbagai plugin dan tema yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pengguna. Antara faktor lain pengguna memilih Joomla adalah:
• Rangkaian Sosial – Mungkin inilah kelebihan utama Joomla, dengan menggunakan Joomla, pengguna mampu membina rangkaian sosial dengan mudah dan pantas.
• Laman Niaga – Dengan menggunakan Joomla juga, pengguna mampu membina laman niaga untuk memasarkan produk mereka dengan mudah dan pantas.
• Tidak terlalu teknikal – Joomla dilihat tidak terlalu teknikal seperti Drupal dan tidak terlalu mudah seperti WordPress. Kebanyakkan pengguna mampu menggunakan Joomla tanpa sebarang sokongan teknikal tetapi mungkin juga memerlukan sedikit pertolongan berhubung sesuatu isu.
• Portal Pertolongan – Joomla menawarkan portal pertolongan untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan sokongan teknikal. Ianya tidaklah seluas sokongan komuniti seperti WordPress ataupun Drupal, namun ianya lebih pantas dan murah berbanding Drupal.
• Percuma – Seperti Drupal, Joomla adalah percuma untuk digunakan di pelayan sesawang anda sendiri, tetapi ianya tiada pilihan untuk dihoskan secara percuma seperti WordPress.
Joomla dilihat bijak menggunakan peluang untuk membina CMS yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang mahukan CMS yang lebih berkuasa dari WordPress tapi lebih mudah diuruskan berbanding Drupal.
Antara laman sesawang yang menggunakan Joomla

CMS mana yang sesuai untuk anda?

CMS mana yang sesuai untuk anda adalah bergantung kepada situasi. Ambil masa untuk melihat keperluan laman sesawang yang ingin dibina. Antara cadangan CMS mengikut kesesuaian adalah:
• WordPress – Sekiranya anda ingin membina laman sesawang yang berskala kecil, blog personal ataupun laman sesawang untuk perniagaan kecil.
• Drupal – Sekiranya anda ingin membina laman sesawang yang akan berkembang dengan pantas dan memerlukan ciri-ciri tambahan yang luas.
• Joomla – Sekiranya anda inginkan kesederhanaan dan ingin menambah rangkaian sosial di laman sesawang anda.
Ianya bukanlah suatu pilihan yang mudah, oleh itu ambillah masa untuk berfikir agar tidak membuat pilihan yang salah.

Untuk membaca artikel penuh mengenai perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal, anda boleh mengikuti pautan ke laman sesawang http://websitesetup.org/cms-comparison-wordpress-vs-joomla-drupal/ .

Thursday, 25 September 2014

MyCert : Berhati-hati Dengan Malware Menyasarkan Pengguna Maybank2U Dan CIMB Clicks Pada Android

MyCert : Berhati-hati Dengan Malware Menyasarkan Pengguna Maybank2U Dan CIMB Clicks Pada Android

MyCert sering memantau pelbagai jenis masalah keselamatan yang dihadapi oleh pengguna tempatan, dan terkini mereka mendapati terdapat suatu malware baru yang menyasarkan pengguna perkhidmatan perbankan internet tempatan – terutamanya Maybank2U dan CIMB Clicks.

Malware yang dari keluarga “Zitmo Banker Malware” ini akan menyuntik kandungan berbentuk halaman dan kandungan palsu untuk laman perbankan pada komputer pengguna, dan seterusnya akan menghantar SMS kepada peranti mudah-alih pengguna untuk memuat-turun sebuah APK khusus (fail pemasangan Android).

Melalui APK yang dipasang pada peranti Android pengguna tersebut kelak, ia akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun perbankan milik pengguna.

Malware ini telah dikenal pasti sejak daripada tahun 2010 yang lepas, tetapi buat pertama kalinya didapati digunakan untuk menyasarkan pengguna perbankan di Malaysia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MyCert meminta pengguna untuk mengemaskini perisian antivirus mereka, dan pada masa yang sama memastikan URL yang sedang dilayari. Pengguna peranti mudah-alih juga dinasihatkan untuk membaca dan mengesahkan setiap kebenaran dan akses yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.

Keselamatan Rangkaian (Network Security)

Keselamatan Rangkaian (Network Security)

Internet tidak digunakan secara menyeluruh di awal perkembangannya. Ianya mungkin hanya digunakan untuk menghantar e-mel dan penggunaan mesin cetak di pejabat. Untuk tujuaan ini, keselamatan Internet tidak mendapat perhatian yang meluas.Namun kini, penggunaan Internet telah berkembang pesat sehingga digunakan di dalam aktiviti perbankan dan perdagangan.

Oleh itu, keselamatan penggunaan Internet kini menjadi aspek yang sangat penting. Pelbagai kemudahan yang telah dibangunkan bagi melindungi keselamatan data dan maklumat peribadi semasa menggunakan Internet, antaranya adalah Kriptografi dan rangkaian Persendirian Maya atau lebih dikenali sebagai Virtual Private Network (VPN).

Kriptografi merupakan penyamaran sesuatu data demi menjaga kerahsiaannya. Sesuatu data (plain text) yang melalui proses penyulitan (encryption) akan diubah menjadi tulisan rahsia (cipher text) sebelum dihantar kepada penerima yang dituju.

Hanya pihak yang berhak sahaja yang dapat melakukan proses penyahsulitan (decryption), iaitu mengubah kembali ciphertext menjadi plaintext menggunakan suatu kunci rahsia. Plaintext tidak boleh dinyahsulit oleh pihak yang tidak berhak tanpa kunci rahsia tersebut.

IP Security atau singkatannya iaitu IPsec adalah protokol yang digunakan untuk menyokong penghantaran antara paket pada lapis IP dengan cara yang selamat. IPsec digunakan secara meluas dalam melaksanakan VPN.

Masalah Umum Rangkaian Komputer

Masalah keselamatan rangkaian komputer secara umum dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang saling berkait, iaitu:

Kerahsiaan (Secrecy/Confidentiality)

Maklumat yang dihantar melalui rangkaian computer harus dijaga kerahsiaannya sehingga tidak dapat diketahui oleh pihak yang tidak berhak keatas maklumat tersebut.

Pengesahan(Authentication)

Mengenal pasti pihak-pihak yang sedang melakukan komunikasi melalui rangkaian. Pihak yang berkomunikasi melalui rangkaian harus dapat memastikan bahawa pihak lain yang diundang berkomunikasi adalah benar-benar pihak yang dikehendaki.

Integriti (Integrity)

Maklumat yang diterima oleh pihak penerima harus sama dengan maklumat yang telah dihantar oleh penghantar. Maklumat yang telah diubah oleh pihak lain semasa proses penghantaran maklumat harus dapat diketahui oleh pihak penerima (data tidak diubah atau dimusnahkan oleh pengguna yang tidaksah).

Kesimpulannya, aspek keselamatan dalam komunikasi melalui rangkaian komputer menjadi semakin penting terutama dengan pertambahan aktiviti pertukaran maklumat sulit melalui Internet. Keselamatan rangkaian boleh dibahagikan kepada tiga kategori umun iaitu kerahsiaan, pengesahihandan Integriti. IPsec merupakan salah satu penyelesaian keselamatan rangkaian yang merupakan protokol keselamatan pada lapis rangkaian untuk penghantar paket IP. IPsec menggunakan teknik kriptografi dalam menyediakan keselamatan pada IPsec.

Wednesday, 24 September 2014

Kursus PHP Secure Programming

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan sebuah kursus IT bertajuk PHP Secure Programming bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini telah mendapat permintaan hangat dari para peserta kerana kesedaran pentingnya pengaturcaraan yang lebih selamat dengan PHP. Kursus ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung dengan jayanya selama 3 hari yang bermula pada 22 September hingga 24 September 2014

Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan kepada para peserta beberapa jenis serangan yang sering berlaku terhadap laman sesawang dan yang paling penting, pendedahan kepada teknik-teknik mengaturcara dengan lebih selamat dengan PHP.

Kebanyakkan pengaturcara PHP mengakui PHP adalah antara bahasa pengaturcaraan yang mudah untuk dipelajari. Tetapi, ramai pengaturcara terlupa dengan sengaja ataupun tidak sengaja untuk memasukkan elemen-elemen keselamatan dalam pengaturcaraan mereka. Suntikan SQL dan XXS adalah antara jenis serangan yang kerap berlaku terhadap program PHP yang tidak menekankan soal keselamatan. Oleh itu, sepanjang kursus ini berlangsung, pihak Two Sigma Technologies telah menyediakan tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman untuk mendedahkan peserta kepada teknik-teknik pengaturacaraan PHP yang lebih selamat.

Para peserta sedang tekun mengikuti kursus
Wajah-wajah ceria para peserta semasa mengikuti kursus
Sesi penyampaian sijil bersama pengajar

Secara keseluruhannya, peserta berasa amat seronok dan berpuas hati sepanjang menyertai kursus ini.  Pihak Two Sigma Technologies mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.  Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.