.

Tuesday 20 January 2015

Firefox 35 Terbaru Hadir Dengan Fitur “Video Chat”


Firefox 35 kini muncul dengan fitur yang terbaru iaitu Fitur Video Chat sederhana berbasis WebRTC (Web Real-Time Communications) yang dipanggil Firefox Hello. Firefox Hello merupakan layanan video chat cross-platform yang memudahkan pengguna Firefox versi terbaru untuk melakukan panggilan video secara langsung dari browser tanpa perlu menginstal plug-in.


Pembaruan terbaru Firefox ini sudah boleh dimuat turun (download). Jika anda mengaktifkan update secara automatik, proses firefox terinstall dan video chat Firefox Hello boleh digunakan. 

Berbeza dengan membuat panggilan Skype Via Web Browser dan Google Hangouts Versi Desktop, Firefox Hello lebih sederhana dan anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakan fitur ini.

Langkah untuk menggunakan Aplikasi Firefox Hello
  1. Muat Turun firefox 35 pada url ini - https://www.mozilla.org/en-US/firefox/new/ dan install
  2. Klik ikon pada (i) kemudian pilih customize (ii)

    3. Terpapar halaman Additional Tools and Features
    
    4. Klik ikon Hello (iii) kemudian pilih (iv) add to Toolbar atau Add to Menu.
    5. Kemudian, Klik ikon Hello dan klik Get Started
               
    6. Klik Start a conversation
    7. Terpapar popup conversation. Anda boleh menamakan perbualan ini pada ruangan Name this
        conversation. Klik Email Link untuk menjemput rakan anda melalui emel.
     8. Hantar emel kepada rakan yang anda perlukan untuk memulakan perbualan video.
    9. Rakan anda akan mendapat emel jemputan perbualan.
   10. Apabila rakan anda klik pada link seperti diatas, akan terpapar halaman Join the  
         Conversation. 
    11. Akhirnya, anda dapat berkomunikasi dengan rakan anda dengan menggunakan fitur Firefox
           Hello.
Sebelum itu, anda perlu memastikan kedua-dua belah pihak menggunakan browser yang menyokong WebRTC (Web Real-Time Communications) yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon


0 comments:

Post a Comment