.

Sunday 6 September 2015

Aplikasi Firechat membantu menghantar mesej tanpa internet




Terdapat pelbagai situasi yang boleh menyebabkan ketiadaan internet atau kesesakan rangkaian telekomunikasi. Perkara kesesakan rangkaian seperti ini boleh berlaku walau dimana jua. Walaupun telah lama diperkenalkan, ramai yang tidak tahu tentang fungsi Firechat. Aplikasi Firechat membolehkan pengguna menghantar mesej sama ada di ruang sembang umum atau menghantar mesej peribadi kepada pengguna lain meskipun diwaktu ketiadaan internet. Aplikasi Firechat diciptakan untuk pengguna Android dan iOS. Ia menggunakan teknologi wireless mesh networking, dimana apabila pengguna peranti menghidupkan Bluetooth atau WiFi, ia mampu berkomunikasi antara satu sama lain (peer-to-peer connection) dalam jarak sedekat 30 ke 200kaki. Bagi peranti iOS, ia menggunakan Apple Multipeer Connectivity Framework membolehkan bukan sahaja komunikasi antara iOS, malah dengan peranti lain. 
Menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu mendaftar dan memastikan pilihan Bluetooth atau WiFi aktif. Mesej yang dihantar melalui aplikasi ini akan dihantar menerusi rangkaian Wireless Mesh tanpa perlu menggunakan perkhidmatan internet dan juga rangkaian telekomunikasi. Namun salah satu kelemahan komunikasi sebegini adalah ia memerlukan ramai pengguna dalam jarak dekat menggunakannya bagi memastikan mesej sampai kepada penerima.
Seperti contoh jika berlakunya banjir, sekiranya mesej tersebut tidak berjaya disampaikan kepada mereka yang mempunyai rangkaian internet, sudah tentu mesej tersebut hanya berhenti disitu. Apapun ini hanya mungkin satu kelemahan kerana sekurang-kurangnya, mangsa banjir disekitar sesuatu kawasan masih boleh memberi pertolongan dan selagi mesej tersebut dihantar, terdapat peluang untuk mesej tersebut sampai kepada pengguna yang mempunyai internet, dan berjaya menyampaikan mesej kecemasan.
Aplikasi Firechat boleh di muat turun secara percuma di Google Playstore.
Mengenai FireChat;
Menghantar pesanan ringkas kepada orang di sekeliling. 
Boleh berfungsi walaupun tanpa internet. 
Boleh berhubung dengan individu dan berkumpulan.
Mudah digunakan tanpa facebook atau email login, dan tiada password.
Boleh digunakan di rumah atau ketika di luar kawasan.
Sangat berguna ketika bencana alam dan ketika tiada internet. 

0 comments:

Post a Comment