.

Monday 7 September 2015

Ciri-ciri yang perlu diperhatikan di Android 6 atau Android M

Google akhirnya telah memperkenalkan sistem operasi yang baru iaitu Android M. Terdapat banyak khabar angin tentang Android M di mana pengguna Android ingin tahu ciri-ciri terbaru untuk Android M. Pra-pelancaran untuk Android M telah diumumkan di sidang media I/O Google pada 28 May dan pelancaran penuh akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Android M lebih tertumpu pada dari segi penggunaan dimana Google ingin menumpukan pada kualiti dari bentuk yang baru.

Android yang baru telah memperkenalkan ciri-ciri yang mampu membuatkan pengguna  teruja dengan pelancaran Android M. Contohnya seperti Doze, Fingerprint technology, Change to Apps Permission, dan Android pay.

1) Doze 
Android M akan memperkenalkan kaedah power saving terbaru yang bernama Doze. Doze diciptakan untuk penggunaan daya bateri yang lebih berkesan. Contohnya, apabila pengguna tidak menggunakan telefon dalam beberapa saat. Maka Doze akan berfungsi secara automatik dan aktif untuk menjimatkan penggunaan bateri.
2) Change to Apps Permission
Apps Permission telah diperbaharui di dalam Android M dan Google telah membenarkan pengguna untuk membuat pilihan samada untuk menerima atau membatalkan Apps permission tersebut. Sebelum ini, pengguna perlu menerima  semua apps permission pada kali pertama dan seterusnya. Tetapi pengguna Android M akan mendapat pemberitahuan di mana Apps permission akan muncul untuk pengguna memilih untuk membatalkan atau membenarkan akses aplikasi ke atas komponen seperti GPS, kamera, WhatsApp, Microphone dan lain-lain. Gambar di bawah adalah contoh Apps permission yang baru.

3) Fingerprint support
Android M akan memperkenalkan ciri pengesan cap jari, dan ia berfungsi untuk pelbagai telefon untuk menstabilkan APIs mereka terhadap pengesan itu. Pengguna boleh mengguna cap jari mereka untuk akses Android Pay, membuka kunci telefon, dan menggunakan PlayStore.
4) Android Pay
Google juga memperkenalkan Android Pay untuk mobile payment system. Android pay menggunakan sambungan NFC untuk membenarkan pembayaran dijalankan. Google telah mengesahkan Android pay selamat untuk digunakan kerana ia menggunakan “virtual card number” dan bukan debit atau kad bank yang betul. Setakat ini, lebih 700 cawangan telah memberi kerjasama untuk Android Pay.

0 comments:

Post a Comment