.

Pembangunan dan Latihan ICT

Sertai Latihan Professional Kami Sekarang!!!

Two Sigma Technologies

Lawati laman web kami untuk perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan

Dapatkan ElePHPant Flush Toys Sekarang!!!

Sertai kursus yang kami anjurkan untuk mendapatkannya

Tuesday, 6 January 2015

Nantikan kemunculan HTML6

HTML6 adalah versi ke-6 dari HTML dengan namespace yang memiliki struktur seperti XML. Namespace XML akan membantu anda menggunakan tag yang sama tanpa konflik dengan tag lain. Misalnya salah satu yang digunakan dalam DOCTYPE XHTML


HTML6 akan memberikan kita kelebihan untuk menggunakan tag yang kita inginkan dan tidak perlu hanya menggunakan tag yang sudah disediakan. HTML6 ini masih belum lagi dilancarkan. Ianya adalah hasil idea dari Oscar Godson melalui HTML6Spec.

Dibawah ini merupakan contoh kode dan struktur HTML 6 A Look Into HTML6

Melihat dokumen HTML6 diatas anda akan melihat beberapa tag yang tidak pernah diguna pakai seperti <html:x>. Tag itu adalah namespaced element milik W3C dan HTML6 spec, dan akan terus ke browser anda. Sebagai contoh tag <html:title> akan mengubah judul atau tajuk bar browser anda dan <html:media> akan membantu gambar yang sudah disediakan agar muncul di layar browser. 
HTML6 APIs 
Tag HTML6 memiliki html namespace seperti <html:html> atau <html:head> dan sebagainya. Mari kita lihat atribut tag yang digunakan pada contoh script HTML6 diatas tadi.
  1. <html:html>

  2. <html:head> 
  3. Tag ini setara dengan tag <head>. Ini bertujuan untuk menempatkan data dan script js atau css yang akan digunakan dalam tag <html:body>.

  4. <html:title> 
  5. Seperti namanya, ini akan mengubah judul atau tajuk dokumen HTML, dan ianya sama dengan tag <title> yang digunakan di versi HTML sebelumnya. Tag ini digunakan untuk mengubah judul/tajuk bar di bahagian atas browser anda. yang digunakan di versi HTML sebelumnya. Tag ini digunakan untuk mengubah judul/tajuk bar di bahagian atas browser anda.</div> <div style="text-align: left;"> </div> <div style="text-align: center;"> <a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW0yrQVBWeFFjxIt6S3ZvE2yaTy2pLv6tsAKrAimRNpdxF_i2NjY2UObXeMaWWwjVeeLS7gEwa8dVPr14B49OtmzyZ25o5JVBzMLU0FaCiteP5V8yB3zoJAalwyHMkOgTG4gEsl7PGnbY/s1600/nom3.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em; text-align: center;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW0yrQVBWeFFjxIt6S3ZvE2yaTy2pLv6tsAKrAimRNpdxF_i2NjY2UObXeMaWWwjVeeLS7gEwa8dVPr14B49OtmzyZ25o5JVBzMLU0FaCiteP5V8yB3zoJAalwyHMkOgTG4gEsl7PGnbY/s1600/nom3.png" height="112" width="400" /></a></div> <br />

  6. <html:meta> 
  7. Tag ini agak berbeza dari tag <meta> yang digunakan dalam versi HTML. Menggunakan tag HTML6 ini maka anda dapat menggunakan meta data secara singkat. Dan tidak seperti HTML5 anda tidak perlu menggunakan jenis meta standard di HTML6. Ini membantu untuk mengumpulkan informasi seperti deskripsi halaman web.

  8. <html:link> 
  9. Tag ini akan membantu anda membuat link ke dokumen luaran dan script seperti CSS, JS, dan lainnya ke dokumen HTML. Ini sama dengan tag <link> yang digunakan dalam HTML5. Tag ini meliputi atribut seperti berikut:
                i.  Charset: “UTF-8″ karakter Encoding
               ii. href: Ini berisi link ke sumber fail
              iii. Media: ini mendefinisikan jenis media yang akan digunakan, misalnya "Smartphone"
              iv. type: Jenis MIME dari dokumen
       6. <html:body>
           Ini seperti tag <body> yang telah anda gunakan dalam versi HTML. Di sinilah semua isi-isi 
           website anda seperti teks, media dan sebagainya ditempatkan.


       7.  <html:a>
           Tag ini sama dengan tag <a>, dan digunakan untuk mewakili link ke halaman web lainnya. 
           Namun, tidak seperti tag <a>, <html:a> hanya memerlukan atribut “href” tunggal, yang
           mengarahkan link ke halaman yang ingin anda kunjungi.

        8. <html:button>
            Tag ini setara dengan tag <button> atau <input type="button"> yang digunakan pada masa ini
            dan versi html terdahulu. Tag ini membantu pengguna melakukan beberapa interaksi pada 
            halaman website anda. 


       9.  <html:media>
            Tag ini mengabungkan semua tag <media> seperti <img>, <video>, <embed>, dan lain-lain 
            dengan menggunakan tag <html:media>. Tag <html:media> yang anda gunakan akan 
            dilampirkan oleh browser berdasarkan jenis atribut yang sesuai.


Thursday, 1 January 2015

Kursus Crystal Report

Pengenalan
Crystal Report merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk membuat, menganalisa dan menterjemahkan data yang terkandung dalam database ke dalam pelbagai jenis laporan seperti laporan grafik, laporan kewangan dan sebagainya. Crystal Report dirancang untuk membuat laporan yang berintegrasi dengan produk Microsoft seperti Visual Basic, Microsoft Visual Studio dan sebagainya.





Kelebihan Crystal Reports 
  1. Hasil cetakan Crystal Report lebih baik dan lebih mudah kerana pada Crystal Report banyak tersedia objek dan komponen yang mudah digunakan.
  2. Laporan yang dilakukan tidaklah terlalu rumit dan banyak melibatkan kod pengaturcaraan.
  3. Mempunyai integrasi dengan bahasa-bahasa pengaturcaraan lain.
  4. Laporan Crystal Report dapat menyokong format seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Access, Adobe Acrobat Reader, HTML dan sebagainya.
Contoh Laporan Menggunakan Crystal Report

Rajah Menunjukkan Contoh Antarmuka Crystal Report
Rajah menunjukkan contoh membina Crystal Report menggunakan
 Microsoft Visual C#
Rajah Menunjukkan Hasil Crystal Report yang Telah Diconvert ke Dalam Bentuk pdf
Kandungan Kursus

Day 1
9.00am - 10.00am Introduction
  • What Crystal is and What It is Not
  • What You Will Need
  • A Few Words on Versions
  • CRXI Installation Options
  • Course Overview
  • 10.00am - 10.30am Breakfast
    10.30am - 01.00pm Create a Basic Report
  • Data Connections - ODBC
  • Data Connections - Direct
  • Getting to Know Your Data Source
  • Report Wizard - Tables & Fields
  • Report Wizard - Group & Filter
  • 01.00pm - 02.00pm Lunch
    02.00pm - 05.00pm Designing a Basic Report
  • The CRXI Work Area
  • Layout & Presentation
  • Basic Formatting
  • Basic Grouping & Sorting
  • Summary Functions
  • Inserting Objects into Reports
  • Previewing & Exporting Reports
  • Day 2
    9.00am - 10.00am Create a Report Beyond the Basics
  • Report Wizard - Multiple Tables
  • Report Wizard - Multiple Filtering
  • Grouping Data pt. 1
  • Grouping Data pt. 2
  • Inserting Summaries
  • Fields - Dimensions vs. Metrics
  • Select Expert
  • Export Options
  • 10.00am - 10.30am Breakfast
    10.30am - 01.00pm Design a Report Beyond the Basics 1
  • Report Options
  • Crystal Options pt. 1
  • Crystal Options pt. 2
  • Grids & Layout Options
  • Section Expert
  • Colors/Fonts/Borders
  • 01.00pm - 02.00pm Lunch
    02.00pm - 05.00pm Design a Report Beyond the Basics 2
  • Graphs & Charts pt. 1
  • Graphs & Charts pt. 2
  • Graphic Files
  • Drawing Lines
  • Field Options
  • Special Fields
  • Design Tips pt. 1
  • Design Tips pt. 2
  • Report Exercise 1
  • Report Solution 1
  • Day 3
    9.00am - 10.00am Fields Dimensions Metrics 1
  • Database Fields
  • User Defined Fields
  • The Formula Editor
  • String Functions
  • Date Functions
  • Metric Functions
  • Conversion Functions
  • Formula Problem 1
  • Formula Solution 1 pt. 1
  • Formula Solution 1 pt. 2
  • 10.00am - 10.30am Breakfast
    10.30am - 01.00pm Fields Dimensions Metrics 2
  • Modifying Fields - Two Methods
  • Working with Dates
  • Working with Strings
  • Working with Numbers
  • Conditional Formula Pitfalls
  • Conditional Formula Problem 1
  • Conditional Formula Solution 1 pt. 1
  • Conditional Formula Solution 1 pt. 2
  • 01.00pm - 02.00pm Lunch
    02.00pm - 05.00pm Filtering Data
  • Select Expert Reintroduction
  • The Formula Editor for Select Expert
  • Filter Formulas pt. 1 - AND
  • Filter Formulas pt. 2 - OR
  • Filter Formulas pt. 3 - AND & OR
  • Filters - Database vs. User Fields
  • Select Statement Considerations
  • Filter Formula Problem 1
  • Filter Formula Solution 1
  • Day 4
    9.00am - 10.00am Report Templates
  • Template Expert
  • Templates Review
  • Template Limitations
  • Modifying Templates
  • Exporting Template Reports
  • 10.00am - 10.30am Breakfast
    10.30am - 01.00pm Modifying a Report
  • Changing Groups
  • Changing Fields
  • The Database Expert - Adding Tables
  • 01.00pm - 02.00pm Lunch
    02.00pm - 05.00pm
  • Database Changes pt. 1
  • Database Changes pt. 2
  • Report Performance
  • Database Change Problem 1
  • Database Change Solution 1
  • Day 5
    9.00am - 10.00am The Cross Tab Report
  • Layout
  • Functions
  • Options
  • 10.00am - 10.30am Breakfast
    10.30am - 01.00pm
  • Formatting
  • Limitations
  • Problem 1
  • Solution 1
  • 01.00pm - 02.00pm Lunch
    02.00pm - 05.00pm Excel Export
  • Preparing Reports for Excel
  • Field Layout & Design
  • Cross Tabs & Excel
  • Exporting to Exce Options l
  • Sekiranya anda berminat untuk mempelajari kursus Crystal Reports ini, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

    Sunday, 21 December 2014

    WordPress - Lindungi Website Anda Dari Serangan Hacker


    WordPress adalah sebuah aplikasi sumber terbuka (open source). WordPress dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. Selain daripada blog, WordPress juga digunakan sebagai sebuah CMS (Content Management System). Ramai pengguna terutama pembangun (developer) menggunakan WordPress ini untuk membangunkan sesebuah projek atau website.


    Awas!!! Perlu diingatkan, jangan pernah menganggap bahawa website atau sesebuah projek yang dibangunkan selamat dari serangan hacker. Umumnya para hacker mengambil alih website melalui beberapa cara seperti SQL injection, Malware, XSS, RFI, CRLF, CSRF, Base64 dan sebagainya.


    Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil bagi memastikan sesebuah pembangunan projek ataupun website selamat dari serangan hacker.
    1. Kata laluan (password) - Pastikan agar anda menggunakan password yang kuat dengan kombinasi a-z, A-Z, 1-0, dan kode simbol seperti !@#$%^&*().
    2. Versi WordPress - Pastikan agar anda selalu mengemaskini versi wordpress anda ke versi       terbaru. Ini disebabkan WordPress memaparkan informasi versi yang diguna oleh pengguna. Pada umumnya, pada sesetengah theme WordPress dapat menyembunyikan versi WordPress melalui Appeareance > Editor. Pengguna perlulah mengedit pada bahagian function.php dan hapuskan coding berikut <?php remove_action(‘wp_head’, ‘wp_generator’); ?> 
    3. Buang Admin DefaultPastikan anda membuang nama akaun admin asal wordpress. Hackers biasanya akan cuba akses kepada wp-admin anda dengan menyerang akaun menggunakan nama admin. Buat satu akaun dengan nama yang lain selain admin.
    4. Pastikan plugin yang anda gunakan selamat - Anda perlu berhati-hati memilih plugin. Pilih plugin yang selamat dan anda disarankan untuk memuat turun plugin dari laman web wordpress sahaja. Elakkan daripada download plugin daripada laman web yang tidak diketahui.
    5. Menambah skrip pada .htacces file - Pada fail .htacces anda perlu menambah skrip seperti dibawah ini bertujuan agar orang lain tidak boleh melihat dan mengakses wp-config.php
    6. Pasang plugin security -  Download WP Firewall2 (http://wordpress.org/extend/plugins/wordpress-firewall-2/) dan Download Limit Login Attempt (http://wordpress.org/extend/plugins/limit-login-attempts/)
    7. Menukar table prefix - Kebiasaanya table prefix bermula dengan “wp_”, begitu juga anggapan hackers apabila ingin menggodam WordPress anda. Oleh demikan, anda perlu menukar table prefix kepada perkataan atau huruf lain supaya anda boleh menyekat kebanyakkan serangan SQL - Injection
    8. Mengubah kebenaran fail (file permission) - Kebenaran fail ini terdapat pada halaman CPanel dibahagian File Manager pada server hosting anda. Anda tidak perlu mengubah kesemua fail kebenaran (file permission) pada fail website anda. Berikut merupakan senarai fail yang perlu diubah 
                               
    9. Backup Data - Anda seharusnya sentiasa membuat backup data termasuklah database semasa ianya masih bersih atau belum digodam. Ini bertujuan mumudahkan anda sendiri untuk restore kembali semua data-data anda sekiranya berlaku sebarang masalah.

    Sunday, 14 December 2014

    Kursus Crystal Report XI

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Pada 23 November 2014 hingga 27 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space Johor untuk mengendalikan Kursus Crystal Report XI di UTM Space Johor. Kursus yang dijalankan selama 5 hari itu telah dihadiri seramai 9 orang yang terdiri daripada kakitangan UTM Space Johor. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.
    Suasana semasa kursus dijalankan

    Objektif Kursus Crystal Report ialah:
    1. Memberi pengetahuan tentang asas menggunakan Crystal Report XI.
    2. Memberi pengetahuan cara mencipta (create) dan menganalisis laporan yang berasaskan SQL.
    3. Memberi pendedahan cara penggunaan alat (tool) seperti database reporting tool.

    Kelebih Kursus Crystal Report ialah:
    1. Pembuatan laporan tidak terlalu rumit.
    2. Mempunyai integrasi dengn bahasa-bahasa pengaturcaraan lain
    3. Mempunyai integrasi dengan  produk dari Microsoft seperti Visual Basic dan Microsoft Visual Studio

    Peserta memberi sepenuh perhatian semasa kursus dijalankan

    Terima kasih diucapkan kepada pihak UTM Space Johor kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Crystal Report XI. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

    Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

    Monday, 8 December 2014

    Kursus Cloud Planning, Deployment and Management Using OpenStack

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

    Pada 1 Disember 2014 hingga 5 Disember 2014 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies dan telah berkolaborasi dengan Centre for Mobile Cloud Computing Research Universiti Malaya (UM) untuk menganjurkan Kursus Cloud Planning, Deployment and Management Using OpenStack yang bertempat di Universiti Malaya. Kursus ini disertai seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Zakat Kedah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan 3F Resourses. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


    OpenStack merupakan perisian perkomputeran awan daripada sumber terbuka yang boleh digunakan oleh semua orang. Selain itu, OpenStack terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu perkomputeran, simpanan dan rangkaian. OpenStack juga boleh dilayari pada setiap masa melalui pelayar web.

    Suasana semasa kursus dijalankan
    Antara kelebihan OpenStack ialah:
    1. Mempunyai pilihan memilih simpanan secara public atau private
    2. Boleh diakses pada setiap masa melalui pelayar web
    3. Boleh dinaik taraf dengan mudah (fleksibel)
    4. Penyimpanan tanpa had
    5. Menyediakan infrastruktur sebagai pelayan (IaaS) untuk menguruskan public atau private cloud
    6. Melindungi kegagalan peranti dengan mencegah dan mengawal data yang rosak
    Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus

    Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga peserta-peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

    Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus IT dan Softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

    Thursday, 4 December 2014

    Kursus Android Application Development

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Alhamdulillah,  pada 1 Disember 2014 sehingga 4 Disember 2014 yang lalu, pihak Two Sigma Techonologies telah menganjurkan Kursus Android Application Development bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini telah disertai seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan organisasi. kursus ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang positif oleh para peserta.


    Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan para peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi Android dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan. Disamping itu, peserta sangat bertuah kerana diajar untuk mengintegrasikan aplikasi dengan perkakasan seperti SQL Lite Database, File dan hubungan ke Internet.

    Suasana di bilik kursus

    Antara objektif kursus ini ialah ;
    1. Pendedahan asas mengenai sistem operasi Android.
    2. Tatacara pembangunan aplikasi berasaskan Android.
    3. Tatacara penggunaan peranti Android dengan lebih berkesan.

    Antara kelebihan kursus ini ialah ; 
    1. Mampu menguasai alat-alat (tools) asas dalam pembangunan aplikasi android menggunakan Eclipse bersama Android Developer Tools (ADT).
    2. Mampu menguasai fungsi-fungsi asas didalam aplikasi android seperti memasukkan data, proses dan paparan.

    Sesi penyampaian sijil kepada peserta kursus

    Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai kursus anjuran pihak Two Sigma Technologies ini. Semoga peserta-peserta dapat manfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan menggunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

    Jika anda berminat untuk kami mengendalikan Kursus IT dan Softskill di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

    Wednesday, 3 December 2014

    Kursus Etika dan Protokol Rasmi

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Pada 25 November 2014 hingga 27 November 2014 yang lalu, Two Sigma Techonologies telah mendapat jemputan daripada Koperasi Jurukur Tanah (KOJUTA) untuk mengendalikan Kursus Etika dan Protokol Rasmi di Langkawi Lagoon Resort, Langkawi. Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah dihadiri seramai 13 orang yang terdiri daripada Ahli Persatuan KOJUTA. Alhamdulillah, kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan para peserta juga telah memberikan respon yang positif.


    Kursus selama tiga hari ini memberikan pengetahuan berkenaan etiket sosial dan protokol-protokol dalam sesebuah majlis. Kursus ini juga merangkumi etiket berpakaian dan komunikasi dalam pelbagai majlis, perbualan sosial, kesopanan dalam pelbagai majlis, kesopanan dan ketertiban di meja makan, cara susunan keutamaan, anugerah darjah kebesaran, gelaran anugerah, panggilan hormat bagi orang kenamaan, penyusunan tempat duduk, cara menyambut tetamu, pegawai pengiring, dan simulasi bagi majlis jemuan makan. 

    Suasana semasa kelas dijalankan

    Objektif Kursus Etika dan Protokol Rasmi adalah:
    1. Membentuk Personaliti yang baik.
    2. Memberi Pengetahuan Mengenai Kepentingan menjaga imej korporat serta membina identiti profesional yang berkualiti.
    3. Memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tata kelakuan
    4. Bersopan santun serta berbudi-bahasa.
    5. Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
    6. Memberi pengetahuan secara umum mengenai Protokol dan Etiket Sosial.
    7. Memberi kesedaran betapa pentingnya pengetahuan Etiket dan Protokol dalam kehidupan seharian, dalam pergaulan, dalam menghadiri pelbagai majlis dan dalam melaksanakan sesuatu majlis formal atau tidak formal.
    8. Menanam serta membina perasaan yakin kepada diri sendiri dan penyesuaian diri dalam pelbagai situasi dan majlis.
    9. Meningkatkan imej diri dan organisasi yang dianggotai.
    10. Berasa senang hati apabila menghadiri majlis.
    Tenaga pengajar sedang memberi tunjuk ajar

    Terima kasih diucapkan kepada pihak KOJUTA kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Etika dan Protokol Rasmi di Langkawi Lagoon Resort, Langkawi.Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

    Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.