.

Tuesday 20 May 2014

IDE - Membantu Pembangunan Aplikasi PHP

IDE - Membantu Pembangunan Aplikasi PHP

Apa itu Integrated Development Environment (IDE) ?

IDE adalah perisian aplikasi yang mengandungi kemudahan yang lengkap untuk pengaturcara dalam pembangunan perisian. Ianya menyokong pelbagai fungsi seperti mengubah kod, debug dan mengawal sumber kod dan fungsi.


Antara contoh-contoh IDE/editor teks adalah:
  • PHPStorm
  • Dreamweaver
  • NetBeans
  • Zend Studio
  • Sublime Text
  • Aptana
  • Vim
  • phpDesigner
  • Eclipse with PDT 

Kelebihan menggunakan IDE ?


  1. Dilihat sebagai Projek
    Ciri utama IDE adalah, ianya melihat aplikasi PHP sebagai satu projek bukannya hanya sebagai satu set fail. Ini termasuklah dalam menguruskan informasi, seperti konfigurasi untuk kawal sumber kod, tetapan pangkalan data (database settings) untuk tujuan debugging dan lokasi direktori utama.

  2. Kod Pintar 
    Corak pengaturcaraan PHP yang ringkas memudahkan IDE memeriksa kod di dalaam projek anda. Ianya membantu anda dengan memaparkan hasil pemeriksaan semasa anda menulis kod. Sebagai contoh, anda menentukan class dengan nama ‘MyClass’, sebaik sahaja anda menulis kata kunci ‘new’, IDE akan memaparkan pilihan memasukkan class ‘MyClass’. Mudah bukan?

  3. Debugging 
    Satu lagi fungsi yang berguna adalah integrasi debugging. Dengan fungsi ini, anda boleh menetapkan breakpoints di dalam editor di mana PHP interpreter akan berhenti semasa perlaksanaan skrip. Daripada situ, anda boleh memeriksa nilai bagi pembolehubah (variables) untuk dibetulkan jika berlaku kesalahan.

  4. Menyokong pelbagai bahasa pengaturcaraan 
    Setiap IDE bukan hanya menyokong PHP malah pelbagai bahasa yang berkaitan seperti JavaScript, SQL, HTML dan CSS.
Selain itu, banyak lagi kelebihan lain menggunakan IDE seperti menyokong integrasi FTP, navigasi pangkalan data dan mengawal sumber kod anda.

IDE PHP paling popular 2014

Baru-baru ini laman sesawang http://www.sitepoint.com/best-php-ide-2014-survey-results/ telah melancarkan kaji selidik mengenai IDE PHP yang terbaik untuk 2014. 

Keputusan menunjukkan ramai pembangun PHP memilih IDE PhpStorm, Sublime Text dan Netbeans sebagai IDE pilihan mereka. Carta di bawah menunjukkan keputusan pilihan penggunaan IDE untuk kegunaan peribadi dan perniagaan.



Berdasarkan daripada kaji selidik ini, pelabagai komen dan pandangan diberikan oleh pembangun PHP yang berpengalaman menggunakan IDE. Dapat disimpulkan bahawa terdapat faktor yang diambil kira dalam pemilihan IDE oleh pembangun PHP, iaitu:
  • Prestasi IDE (kelajuan dan juga memori yang digunakan)
  • Boleh digunakan di pelbagai platform.
  • Menyediakan plugin yang berguna.
  • Open-source dan lesen percuma.
IDE dilihat sebagai perisian yang sangat berguna untuk memudahkan dan mencetus suasana yang lebih menarik kepada pembangun-pembangun aplikasi. Pembangunan PHP juga akan lebih pantas. Selain itu, pembangunan aplikasi PHP dengan rangka kerja juga perlu dipertimbangkan seperti yang dibincangkan dalam artikel sebelum ini di http://twosigmatechnologies.blogspot.com/2014/03/rangka-kerjaframework-php.html . Pembangunan aplikasi PHP akan bertambah mudah dan cepat dengan menggunakan IDE dan rangka kerja PHP.

Untuk mempelajarai dengan lebih lanjut mengenai PHP, anda boleh mengikuti kursus berkaitan PHP yang dianjurkan oleh Two Sigma Technologies . Untuk melihat kalendar kursus kami anda boleh melayari laman sesawang kami di http://www.training.2-sigma.com/.

Jika anda berminat boleh emelkan kepada kami di farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601.

0 comments:

Post a Comment