.

Sunday 25 May 2014

Kursus Web Application Development with PHP and MySQL

Kursus Web Application Development with PHP and MySQL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada  5/5/2014 hingga 8/5/2014 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies telah menganjurkan Kursus Web Application Development with PHP and MySQL  bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini dihadiri oleh 7 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi. Untuk makluman semua, kursus yang dijalankan selama 4 hari ini telah mendedahkan kepada peserta langkah-langkah pembangunan aplikasi web dengan PHP dan MySQL. Alhamdulillah, peserta-peserta memberikan respon yang memberangsangkan sepanjang kursus ini berlangsung. Kebanyakkan peserta berpuas hati dan selesa dengan kemudahan, perkhidmatan, makan dan tempat yang telah disediakan oleh pihak kami. Keselesaan dan keberkesanan peserta yang menghadiri kursus ini telah membuktikan bahawa pihak Two Sigma Technologies sangat menitik beratkan kualiti dan kepuasan perkhidmatan pelanggan kami.


Objektif menghadiri kursus ini

  1. Mengenali pengaturcaraan bahasa PHP
  2. Mempelajari asas pemasangan (installation) dan konfigurasi (configuration) dalam pembangunan aplikasi PHP dan MySQL.
  3. Mengenali sintaks asas PHP dan cara menggunakannya.

Kelebihan menghadari kursus ini

  1. Diajar dengan asas-asas pengaturcaraan PHP dan MySQL.
  2. Diajar cara-cara membangunkan pangkalan data dengan MySQL.
  3. Didedahkan kepada langkah-langkah membangunkan aplikasi PHP dan MySQL dengan fungsi asas seperti tambah, ubah, lihat dan padam data.
Tenaga pengajar memberikan penerangan kepada para peserta

Peserta tekun semasa sesi praktikal

Sesi penyampaian sijil

Kursus selama 4 hari ini telah berakhir pada hari Khamis bersamaan 8/5/2014. Alhamdullilah kursus ini  telah berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baik dari peserta-peserta kursus. Semoga para peserta mendapat input yang berguna semasa menyertai kursus ini dan diaplikasikan untuk kegunaan organisasi masing-masing. Untuk makluman semua pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment