.

Sunday 4 May 2014

Kursus Object- Oriented Programming with PHP & MySQL di UiTM Shah Alam

 Kursus Object- Oriented Programming with PHP & MySQL di UiTM Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hai semua!!! Baru-baru ini Two Sigma Technologies diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Object Oriented Programming with PHP & MySQL  di UiTM Shah Alam selama 4 hari yang bermula pada 7/4/2014 – 10/4/2014.  Kursus ini dihadiri oleh 16 peserta yang terdiri daripada kakitangan Uitm Shah Alam.  Kursus yang dijalankan dari pukul 9.00 pagi  sehingga  5.00 petang  ini mendapat maklum balas yang positif  dari peserta-peserta sepanjang kursus dijalankan. Alhamdullilah peserta berpuas hati dengan servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Two Sigma Technologies.

Untuk makluman semua PHP adalah singkatan bagi “ PHP : HypertextPreprocessor” iaitu merupakan satu bahasa pengaturcaraan yang digunakan secara meluas untuk membangunkan aplikasi web. PHP merupakan satu kod sumber terbuka yang tertakluk kepada lesen GPL yang membolehkan individu atau organisasi menggunakannya dengan bebas tanpa melibatkan sebarang kos. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta dari Uitm Shah Alam tentang cara untuk menulis aturcaraweb berbentuk ObjectOriented. Tambahan juga, peserta yang mengikuti kursus ini akan lebih memahami  tentang cara penggunaan ObjectOriented dalam pembangunan web terutama di dalam bahasa pengaturcaraan PHP.

Kenapa anda harus belajar pengaturcaraan Object-Oriented PHP?

Pengaturcaraan Object Oriented (OOP) adalah pengaturcaraan berkonsepkan objek yang mengandungi attributes dan methods. Objek selalunya adalah instances of classes, yang akan digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Ramai pengaturcara telah mula menggunakan konsep OOP dalam reka bentuk pengaturcaraan perisian mereka kerana OOP dilihat mempunyai banyak kelebihan berbanding konsep tradisional iaitu procedural. OOP bukan hanya digunakan dalam bahasa pengaturacaraan PHP sahaja malah ianya juga digunakan di dalam  JAVA dan C++.  Antara kelebihan menggunakan konsep OOP adalah:

  1. Meningkatkan produktiviti pembangunan perisian
    Reka bentuk OOP adalah berkonsepkan modul, extensibility dan ianya boleh digunakan semula. Diatas sebab ciri-ciri ini, OOP mampu meningkatkan produktiviti pembangunan perisian.

  2. Memudahkan penyelenggaraan perisian
    Reka bentuk OOP adalah berkonsepkan modul dimana tugasan yang besar akan dipecahkan kepada tugasan-tugasan yang kecil bagi memudahkan sebarang penyelenggaraan didalam perisian.

  3. Pembangunan yang cepat
    Kelebihan OOP untuk menggunakan semula class dan method serta disokong dengan library objek yang banyak mampu memendekkan tempoh masa pembangunan perisian.

  4. Menjimatkan kos pembangunan perisian
    Tempoh pembangunan perisian yang mampu disingkatkan turut membawa kepada penjimatan kos pembangunan perisian.

  5. Meningkatkan kualiti perisian
    Pembangunan perisian yang mampu disiapkan awal, membolehkan lebih masa digunakan semasa fasa ujian dan pengesahan perisian.
Peserta sedang mengaplikasikan apa yang sedang diajar

Kelebihan Kursus ini kepada Organisasi

  1. Penjimatan Belanjawan
    Tiada kos yang terlibat dari segi penggunaan PHP kerana PHP merupakan kod sumber terbuka  yang percuma.

  2. Penjimatan Masa
    Kursus ini akan mendedahkan kelebihan PHP:ObjectOriented yang kesediaan untuk diguna kembali. Ciri ini akan membolehkan kod atau modul yang telah dibangunkan menggunakan kaedah ObjectOriented boleh digunakan kembali.

  3. Keselamatan Data Organisasi Terjamin
    Kursus ini menerangkan kaedah yang biasa diguna pakai untuk memastikan keselamatan aplikasi berada pada tahap yang optimum kerana ObjectOriented mempunyai tahap keselamatan yang tinggi

  4. Penambahbaikan / Kemasi Kini yang Mudah
    Peserta yang menyertai kursus ini akan diajar tatacara yang membolehkan setiap aplikasi web yang dibangunkan mudah untuk dikemas kini, dan senang untuk diserahkan kepada pengatur cara lain. 
Peserta tekun semasa kursus dijalankan

Antara agenda kursus merangkumi :
  • Introduction
  • Intermediate PHP Techniques 
  • Introduction to Object-Oriented Programming (OOP)
  • OOP in Practice
  • Photo Gallery Project Setup
  • Foundations ofan OOP Project
  • Working with Files and Directories
  • Uploading Files
  • Completing the User Class
  • The Photograph Class
  • The Comment Class
Terima kasih diucapkan kepada pihak UiTM Shah Alam kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Object- Oriented Programming with PHP & MySQL di UiTM Shah Alam. Kami berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan organisasi.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan  Kursus Object- Oriented Programming with PHP & MySQL di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment