.

Sunday 4 May 2014

Kursus Web Application Development with Laravel PHP Framework di UiTM Shah Alam

Kursus Web Application Development with Laravel PHP Framework di UiTM Shah Alam

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Syukur alhamdullilah, Two Sigma Technologies diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan kursus di UiTM Shah Alam. Kali ini Two Sigma Technologies  mengendalikan Kursus Web Application Development with Laravel PHP Framework selama 4 hari yang bermula pada 14/4/2014.  Semasa kursus dijalankan pihak Two Sigma Technologies telah  membekalkan nota , pendrive 8GB, dan flush toy elePHPant  sebagai simbolik PHP secara percuma kepada peserta. 

Untuk makluman semua, Laravel salah satu rangka kerja PHP selain Yii dan CodeIgniter. Walaupun Laravel merupakan rangka kerja yang baru, tetapi ianya telah membuktikan keupayaan menarik minat pengguna dengan membawa konsep pembangunan laman sesawang yang menyeronokkan serta memberi pengalaman yang lebih kreatif kepada pengguna. Ianya juga antara rangka kerja yang menyediakan dokumentasi yang baik dan lengkap.

Kelebihan Laravel daripada framework yang lain:
  • Kod yang ringkas dan mudah
  • Terdapat generator yang canggih dan memudahkan (Pengaturcaraan CLI)
  • Schema Builder untuk pelbagai pangkalan data.
  • Migration & Seeding untuk pelbagai pangkalan data.
  • Query Builder yang terbaru
  • Menyokong fungsi Eloquent Object Role Modeling (ORM)
Two Sigma Technologies telah membincangkan mengenai rangka kerja PHP di  artikel yang terdahulu di http://twosigmatechnologies.blogspot.com/2014/03/rangka-kerjaframework-php.html

Sesi perbincangan semasa kursus dijalankan

Sesi penyampaian sijil

Kursus ini berakhir dengan jayanya pada 18/4/2014. Akhir kata, kami mengucapkan  jutaan terima kasih  kepada pihak UiTM Shah Alam kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies mengendalikan kursus ICT di UiTM Shah Alam untuk kali kedua. Kami berbesar hati untuk menerima sebarang jemputan untuk mengendalikan kursus-kursus IT dan softskill di tempat anda  bak kata pepatah “ kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Web Application Development with Laravel PHP Framework di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment