.

Monday 5 May 2014

Kursus Adobe After Effects CS6 : Mastering the Essentials

Kursus Adobe After Effects CS6 : Mastering the Essentials

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 15/4/2014 hingga 17/4/2014 pihak Two Sigma Technologies telah menganjurkan Kursus Adobe After Effects CS6 : Mastering the Essentials di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini dihadiri oleh 18 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi. Untuk makluman semua, kursus yang dijalankan selama 3 hari ini mendedahkan perkara-perkara asas After Effects. Alhamdullilah peserta-peserta memberikan respon yang memberangsangkan sepanjang kursus ini dijalankan. Kebanyakan peserta berpuas hati dan selesa dengan kemudahan, perkhidmatan,makanan dan tempat yang telah disediakan oleh pihak kami. Keselesaan dan keberkesanan peserta yang menghadiri kursus ini telah membuktikan bahawa pihak Two Sigma Technologies menitikberatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Adobe After Effects CS6?

Adobe After Effects merupakan perisian yang hebat dalam menghasilkan animasi 2D dan 3D serta menambah kesan khas kepada filem, video, multimedia dan projek web. After Effects CS6 dilancarkan dengan beberapa ciri-ciri penambahbaikkan. Ciri-ciri ini telah didedahkan kepada peserta semasa kursus ini dijalankan. Antara ciri-ciri baru yang menarik didalam After Effects CS6 adalah:
  • Mampu meningkatkan prestasi secara global dengan mengabungkan RAM cache, disk cache yang berterusan dan graphics pipeline yang baru.
  • Penambahbaikkan yang besar dalam animasi 3D
  • Tracking yang lebih tepat
  • Kesan-kesan video yang lebih canggih termasuklah versi HD Cycore FX suite

Kelebihan menghadiri kursus ini

  • Mengenali dan memahirkan penggunaan peralatan di dalam perisian Adobe After Effect CS6.
  • Mempelajari menggunakan kesan-kesan (effects) terhadap video.
  • Mempelajari asas dalam menghasilkan animasi teks, 2D dan 3D.
  • Mempelajari menghasilkan video dan animasi dengan konfigurasi yang betul.

Perkara yang dipelajari semasa kursus ini dijalankan :

  • Getting to Know the Workflow
  • Creating a Basic Animation Using Effects and Presets
  • Animating Text
  • Working with Shape Layers
  • Animating a Multimedia Presentation
  • Animating Layers
  • Working with Masks
  • Distorting Objects with the Puppet Tools
  • Using the Roto Brush Tool
  • Performing Color Correction
  • Building 3D Objects
  • Using 3D Features
  • Advanced Editing Techniques
  • Rendering and Outputting
Persekitaran kursus yang selesa

Wajah-wajah peserta yang ceria

Kursus selama 3 hari ini telah berakhir pada Khamis bersamaan 17/4/2014. Alhamdullilah kursus ini  telah berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baik dari peserta-peserta kursus. Semoga para peserta mendapat input yang berguna semasa menyertai kursus ini dan diaplikasikan untuk kegunaan organisasi masing-masing.Untuk makluman semua pihak Two Sigma Technologies akan mengajurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment