.

Tuesday 28 October 2014

Kelemahan Pada PowerPoint – Berhati-Hati Ketika Membuka Failnya Daripada Mereka Yang Tidak Dikenali


Pelbagai jenis kelemahan pada sistem telah ditemui pada tahun ini, dan terkini sebuah kelemahan melibatkan penggunaan PowerPoint ditemui, membolehkan pengodam atau pihak ketiga menggunakannya dalam menyerang dan mengakses komputer pengguna.

Kelemahan ini melibatkan penggunaan OLE (Object Linking and Embedding) yang digunakan pada PowerPoint. Fungsi OLE ini membolehkan pengguna untuk mengintegrasikan data daripada perisian lain – sebagi contoh daripada Excel. Walaupun fungsi tersebut telah disertakan sekian lama, kelemahan ini baru sahaja ditemui.

Dengan menggunakan kelemahan ini, penyerang atau pengodam boleh mengakses komputer pengguna, melihat data atau memasang perisian yang tidak diingini pada komputer pengguna.

Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memuat-turun fail PowerPoint daripada mereka yang tidak dikenali ataupun daripada web.

Selain itu, pengguna  dinasihatkan untuk mengaktifkan sokongan User Account Control yang mana biasanya diaktifkan pada semua komputer, dimana ia akan meminta kata laluan pentadbir apabila anda membuat sebarang perubahan atau memasang perisian pada komputer anda. Anda boleh baca lebih lanjut tentang kelemahan ini di https://technet.microsoft.com/library/security/3010060

0 comments:

Post a Comment