.

Thursday 16 October 2014

Kursus Ethical Application Hacking

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pada 13-15 Oktober 2014 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies telah berjaya menganjurkan sebuah kursus yang menarik, iaitu kursus Ehtical Web Application Hacking yang bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus yang dijalankan selama 3 hari ini telah disertai oleh 5 orang peserta dari pelbagai jabatan kerajaan dan ianya telah mendapat maklum balas yang positif dari peserta sepanjang kursus dijalankan. Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang bagaimana cara penggodam berfikir dalam mengenalpasti dan mengeksploitasi kelemahan sesebuah aplikasi web.


Wajah ceria peserta

Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah diajar dengan teknik sebenar menangani kelemahan aplikasi web. Peserta bukan sahaja diajar dengan cara-cara menggunakan alatan, bahkan turut didedahkan tentang konsep-konsep asas bagaimana serangan tertentu berfungsi dan cara untuk mengeksploitasinya. Dengan memahami bagaimana serangan penggodam, para peserta akan mempunyai kefahaman yang mendalam untuk membuat pengaturcaraan yang lebih selamat dalam pembangunan sesebuah aplikasi web.



Pengajar memberi tunjuk ajar kepada peserta

Objektif Kursus
1. Untuk membantu menguasai teknik penggodaman (hacking) yang boleh digunakan dalam ujian penembusan atau etika penggodaman (hacking).
2. Untuk mencegah dari digodam dan mengurangkan risiko serangan dari penggodam lain dengan    teknik dan kaedah yang betul.

Kelebihan Kursus
1. Menganalisis dan mengenal pasti kelemahan sistem dan rangkaian.
2. Pelan dan reka bentuk langkah-langkah tindakan.
3. Menilai keselamatan sistem dan rangkaian.


Sijil diberikan kepada peserta

Secara keseluruhannya, peserta berasa amat seronok dan berpuas hati sepanjang menyertai kursus ini. Pihak Two Sigma Technologies mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.

Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT secara public sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk melihat jadual kursus yang akan dijalankan. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment