.

Friday 26 September 2014

CMS – Perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal

CMS – Perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal

Pembangunan laman sesawang berasaskan HTML dan PHP kini menjadi lebih mudah dengan wujudnya sistem pengurusan kandungan (Content Management System – CMS ) seperti Wordpress, Joomla dan Drupal. Ianya menjadi pilihan bagi kebanyakkan pembangun (developer) yang inginkan pembangunan laman sesawang yang murah, cepat dan mudah. Bagi pembangun laman sesawang yang tidak mahu terlalu memeningkan kepala memikirkan mengenai kod dan aspek teknikal, maka menggunakan CMS mungkin adalah pilihan yang tepat.

WordPress VS Drupal VS Joomla

Wordpress, Joomla dan Drupal adalah antara gergasi CMS yang anda perlu pertimbangkan dalam pemilihan CMS. Setiap CMS ini mempunyai tahap kesesuaian kemahiran penggunanya. Mari kita lihat serba sedikit mengenai CMS ini dan lihat perbandingannya.

WordPress

Hari ini, lebih 40% dan bersamaan lebih 60 juta daripada laman sesawang CMS menggunakan WordPress, justeru menjadikannya CMS paling popular. Ianya didorong dengan beberapa faktor seperti:
  • Mudah dipasang (install) – Ianya menawarkan pemasangan automatik yang pantas.
  • Mudah disesuaikan (customizable) – Terdapat pelbagai plug-in, tema dan penyesuaian (customizations) disediakan.
  • Percuma – Sesiapa sahaja boleh menggunakan WordPress dan memuat turun plug-in secara percuma.
  • Sokongan Komuniti – Terdapat ramai pembangun di forum yang sedia membantu sekiranya anda mengalami masalah.
Namun terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul apabila laman sesawang anda semakin berkembang dan menerima pengunjung yang terlalu ramai. Masalah yang mungkin timbul adalah kekurangan sumber pelayan. Selain itu, rangka kerja (framework) WordPress dilihat lebih sukar untuk diubahsuai. Namun, untuk pengguna baru, ianya tidak menjadi masalah sebagai permulaan membina laman sesawang yang ringkas.
Antara laman sesawang yang menggunakan WordPress

Drupal

 Drupal adalah CMS yang lebih berkuasa dan teknikal. Ianya bersesuaian untuk pembangunan blog yang ringkas hinggalah ke portal untuk syarikat besar. Antara kelebihan drupal adalah:
  •  Lebih maju dari segi teknikal – Drupal adalah lebih maju dari segi teknikal jika dibandingkan dengan CMS yang lain.
  •  Prestasi lebih tinggi – Halaman drupal lebih cepat diproses.
  •  Mudah disesuaikan (customizable) – Drupal mudah disesuaikan dengan pelbagai plug-in, tema dan penyesuaian.
  •  Percuma – Anda boleh memuat turun perisian Drupal secara percuma dan dipasang di hos pelayan anda.
Drupal adalah CMS yang paling berpretasi tinggi berbanding CMS yang lain. Anda memerlukan sekurang-kurangnya pengetahuan asas HTML dan PHP untuk menggunakan Drupal sebagai persediaan jika berlaku sebarang permasalahan.
Antara laman sesawang yang menggunakan Drupal

Joomla

Joomla adalah antara CMS yang hebat dan ianya dikatakan mampu untuk beroperasi tanpa sebarang masalah di kebanyakkan pelayan web. Pengguna tidak memerlukan kemahiran seperti pengguna Drupal, namun pengguna masih boleh menggunakan pelbagai ciri-ciri tambahan. Seperti WordPress dan Drupal, Joomla mempunyai pelbagai plugin dan tema yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pengguna. Antara faktor lain pengguna memilih Joomla adalah:
  • Rangkaian Sosial – Mungkin inilah kelebihan utama Joomla, dengan menggunakan Joomla, pengguna mampu membina rangkaian sosial dengan mudah dan pantas.
  • Laman Niaga – Dengan menggunakan Joomla juga, pengguna mampu membina laman niaga untuk memasarkan produk mereka dengan mudah dan pantas.
  • Tidak terlalu teknikal – Joomla dilihat tidak terlalu teknikal seperti Drupal dan tidak terlalu mudah seperti WordPress. Kebanyakkan pengguna mampu menggunakan Joomla tanpa sebarang sokongan teknikal tetapi mungkin juga memerlukan sedikit pertolongan berhubung sesuatu isu.
  • Portal Pertolongan – Joomla menawarkan portal pertolongan untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan sokongan teknikal. Ianya tidaklah seluas sokongan komuniti seperti WordPress ataupun Drupal, namun ianya lebih pantas dan murah berbanding Drupal.
  • Percuma – Seperti Drupal, Joomla adalah percuma untuk digunakan di pelayan sesawang anda sendiri, tetapi ianya tiada pilihan untuk dihoskan secara percuma seperti WordPress.
Joomla dilihat bijak menggunakan peluang untuk membina CMS yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang mahukan CMS yang lebih berkuasa dari WordPress tapi lebih mudah diuruskan berbanding Drupal. 
Antara laman sesawang yang menggunakan Joomla

CMS mana yang sesuai untuk anda?

CMS mana yang sesuai untuk anda adalah bergantung kepada situasi. Ambil masa untuk melihat keperluan laman sesawang yang ingin dibina. Antara cadangan CMS mengikut kesesuaian adalah:
  • WordPress – Sekiranya anda ingin membina laman sesawang yang berskala kecil, blog personal ataupun laman sesawang untuk perniagaan kecil.
  • Drupal – Sekiranya anda ingin membina laman sesawang yang akan berkembang dengan pantas dan memerlukan ciri-ciri tambahan yang luas.
  • Joomla – Sekiranya anda inginkan kesederhanaan dan ingin menambah rangkaian sosial di laman sesawang anda.
Ianya bukanlah suatu pilihan yang mudah, oleh itu ambillah masa untuk berfikir agar tidak membuat pilihan yang salah.

Untuk membaca artikel penuh mengenai perbandingan WordPress, Joomla dan Drupal, anda boleh mengikuti pautan ke laman sesawang http://websitesetup.org/cms-comparison-wordpress-vs-joomla-drupal/ .

0 comments:

Post a Comment