.

Tuesday 2 September 2014

Kursus Ethical Web Application Hacking

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, pada 26 Ogos 2014 hingga 28 Ogos 2014 pihak Two Sigma Techonologies telah mengendali Kursus Ethical Web Application Hacking di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), Putrajaya. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang berjalan selama 3 hari. Selain itu, semua para peserta telah memberi respon positif  kepada pihak Two Sigma Techonologies yang telah mengendali kursus ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Suasana Di Bilik Kursus Ethical Web Application Hacking

Dalam kursus selama 3 hari ini para peserta diajar teknik sebenar menangani kelemahan aplikasi web. Peserta tidak hanya akan menggunakan alatan, bahkan turut diajar tentang konsep-konsep asas bagaimana serangan tertentu berfungsi dan bagaimana untuk mengeksploitasinya. Dengan memahami bagaimana serangan penggodam, para peserta akan mempunyai kefahaman yang mendalam untuk membuat pengaturcaraan yang lebih selamat dalam membangunkan sesebuah aplikasi web.

Objektif Kursus
1. Untuk membantu  menguasai teknik hacking yang boleh digunakan dalam ujian penembusan atau etika           hacking.
2. Untuk mencegah dari digodam dan mengurangkan risiko serangan dari penggodam lain dengan teknik dan     kaedah yang betul.

Kelebihan Kursus
1. Menganalisis dan mengenal pasti kelemahan sistem dan rangkaian.
2. Pelan dan reka bentuk langkah-langkah tindakan.
3. Menilai keselamatan sistem dan rangkaian.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MOE kerana sudi menjemput pihak Two Sigma Technologies untuk mengendalikan Kursus Ethical Web Application Hacking di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), Putrajaya. Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.

Pihak kami berbesar hati menerima jemputan dari mana-mana organisasi untuk mengendalikan kursus jangka pendek sama ada kursus-kursus IT ataupun soft skill. Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan kursus-kursus IT dan soft skill di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment