.

Monday 1 September 2014

KURSUS iOS APPLICATION DEVELOPMENT

KURSUS iOS APPLICATION DEVELOPMENT

Pada 25/8/2014 hingga 29/8/2014 yang lalu, pihak Two Sigma Technologies telah menganjurkan Kursus iOS Application Development bertempat di RHR Hotel @ Uniten, Kajang. Kursus ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan organisasi. Untuk makluman semua, kursus yang dijalankan selama 5 hari ini telah mendedahkan kepada peserta langkah-langkah pembangunan aplikasi iOS. Alhamdulillah, peserta-peserta memberikan respon yang memberangsangkan sepanjang kursus ini berlangsung. Kebanyakkan peserta berpuas hati dan selesa dengan kemudahan, perkhidmatan, makan dan tempat yang telah disediakan oleh pihak kami. Keselesaan dan keberkesanan peserta yang menghadiri kursus ini telah membuktikan bahawa pihak Two Sigma Technologies sangat menitik beratkan kualiti dan kepuasan perkhidmatan pelanggan kami.

Sesi Pembelajaran

Untuk makluman semua, kursus ini mendedahkan para peserta mengenai kaedah untuk membangunkan aplikasi berasakan iOS dari awal pembangunan dan sehingga aplikasi tersebut digunakan. Disamping itu, peserta sangat bertuah kerana diajar untuk mengintegrasikan aplikasi dengan perkakasan seperti GPS, Maps API, Camera, SQL Lite Database, File dan hubungan ke Internet.

Objektif Kursus
1. Pendedahan asas mengenai sistem operasi iOS.
2. Tatacara pembangunan aplikasi berasaskan iOS.
3. Tatacara penggunaan peranti iOS dengan lebih berkesan.

Kelebihan Kursus 
1. Mampu menguasai alat-alat (tools) asas dalam pembangunan aplikasi iOS seperti Xcode.
2. Mampu menguasai fungsi-fungsi asas didalam aplikasi iOS seperti memasukkan data, proses dan   paparan.
3. Turut didedahkan integrasi aplikasi seperti aplikasi maps dan kamera.

Sesi Bergambar Bersama Tenaga Pengajar

Alhamdullilah, kursus ini tamat pada hari Jumaat bersamaan 29/8/2014 dengan jayanya. Secara keseluruhannya, peserta berasa amat seronok dan berpuas hati sepanjang menyertai kursus ini.  Pihak Two Sigma Technologies mengucapkan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.

Untuk makluman semua, pihak Two Sigma Technologies akan menganjurkan pelbagai kursus IT sepanjang tahun 2014. Anda boleh melawati laman sesawang kami di www.training.2-sigma.com untuk maklumat lanjut atau terus berhubung dengan pegawai kami di talian 03-61880601




0 comments:

Post a Comment