.

Tuesday 23 September 2014

Tips memulakan projek PHP baru



Beberapa tips yang boleh diaplikasikan kepada hampir setiap projek PHP berasaskan web:

  • Gunakan PHP yang terkini atau sekurang-kurangnya PHP 5.4. Ini adalah kerana versi PHP yang terbaru mempunyai lebih banyak ciri-ciri terbaru.
  • Pastikan ianya masih belum dibangunkan lagi. Anda mungkin fikir yang menggunakan projek yang sedia ada dan mengubahnya mengikut kesesuaian anda adalah lebih cepat dan mudah berbanding membangunkan ia dari awal. Jika projek yang anda gunakan menggunakan PHP 5.2 atau lebih tua, pada masa akan datang ia akan mempunyai pelbagai masalah.
  • Gunakan kawalan sumber (source control). Projek PHP yang paling popular sekarang adalah menggunakan GitHub ataupun BitBucket, jadi anda perlu gunakannya kerana kedua-duanya boleh berkongsi kod, mendapatkan bantuan, dan menghantar "patch" antara satu sama lain.
BitBucket

GitHub
  • Asingkan kod dan output. Anda tidak perlu menggunakan template, tetapi dengan menggunakan template kod dan output akan terasing serta merta. Kod anda akan menjadi lebih kemas, mudah diuji, dan lebih fleksibel. 
  • Ketahui apa itu "pemisahan masalah" (separation of concerns), "suntikan pergantungan" (dependency injection) dan "jarak nama" (namespacing), dan gunakannya. Maksudnya yang lebih mudah adalah pecahkan kod anda kepada blok-blok (kelas-kelas) yang hanya mengendalikan suatu proses pada satu-satu masa, dan jika proses tersebut memerlukan akses kepada sesuatu tugas akan dikendalikan oleh blok lain (pergantungan), hantarkan pergantungan kepada blok tersebut ketika ia dicipta (dengan menetapkan argumen(argument) dalam pembina (constructor), atau dengan menulis kaedah penetap (setter method)). Mungkin ianya kedengaran rumit, tetapi anda mungkin pernah lakukannya sebelum ini tanpa anda sedar. Jarak nama dalam PHP sudah wujud sejak 10 tahun lalu, jadi anda tidak perlu teragak-agak untuk menggunakannya.
  • Menulis suite ujian yang membolehkan anda memfaktor semula (re-factor ) tanpa ragu-ragu. Ianya adalah amalan yang baik untuk diaplikasikan. Jika anda menggunakan "pemisahan masalah" dan "suntikan pergantungan", pengujian untuk satu-satu blok adalah lebih mudah. 

Informasi ini telh diterjemahkan daripada Matt Robinson

0 comments:

Post a Comment