.

Monday 31 March 2014

Kursus Pengurusan Stres

Kursus Pengurusan Stres


Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Setiap tekanan atau stres yang berlaku merupakan “rahmat” dari Allah S.W.T yang boleh membawa kesan positif atau negatif. Orang yang berfikiran positif akan menjadikan tekanan atau stres sebagai satu cabaran dan peluang untuk berubah ke arah kecemerlangan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan menganggap tekanan atau stress sebagai satu masalah atau bebanan kepada mereka. Terdapat segelintir individu dalam satu pasukan akan kecundang apabila berhadapan dengan tekanan atau stres. 

Stres akan menyebabkan prestasi  dan produktiviti pekerja merosot. Disamping itu, stres akan menyebabkan kakitangan menghadapi masalah fizikal atau mental, pemencilan diri, “burn-out” dan pembentukan imej kendiri yang negatif. Kakitangan seperti ini akan memberi impak yang negatif  kepada organisasi sekiranya tidak dapat menguruskan stres dengan berkesan. Menyedari hakikat ini, maka Two Sigma Technologies menawarkan untuk membantu organisasi dalam mengurus dan menangani masalah tekanan atau stres untuk menjamin kelancaran pengurusan organisasi. Kursus selama tiga hari ini dapat memantapkan dan mengukuhkan jati diri kakitangan agar kental  apabila berhadapan dengan cabaran dan masalah.

Falsafah

Falsafah Kursus merangkumi : 
  • Budaya diri insan cemerlang. Hanya orang cemerlang sahaja yang berpotensi menangani dan menguruskan stress dengan bijak. Justeru, Kursus ini akan merangsang setiap individu mengenali diri, potensi, menyerlahkan keunggulan diri dan mengeluarkan semua kecemerlangan yang terdapat dalam dirinya.
  • Ramai orang mahu berubah tetapi tidak tahu apa yang perlu berubah dan tidak nampak keperluan untuk berubah. Kursus ini akan merangsang peserta untuk berubah dengan mengutarakan kaedah dan cara menjadi ‘orang baru’ yang lebih hebat. 
  •  Mengurus diri secara bijak agar dapat menangani sebarang cabaran dan rintangan.
  • Memantap dan mengukuhkan jati diri agar kental berhadapan dengan cabaran dan masalah supaya lebih berdaya.

Objektif

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan ketahanan diri peserta sebagai "individu yang bersepadu dan kental berhadapan dengan cabaran & ujian" agar sentiasa produktif dan cemerlang. Setelah menjalani kursus ini, para peserta akan dapat: 
  • Mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi diri sebagai insan cemerlang. 
  • Mengubah pemikiran dan tindakan menjadi insan hebat yang mampu berhadapan dengan cabaran dan tekanan hidup. 
  • Memahami tekanan & stres serta kaedah menukarkan stres menjadi pendorong kepada kejayaan. 
  • Memperbaiki sikap, amalan, dan membentuk rangka tindakan untuk mengurus tekanan atau stres.

Siapa Patut Hadir 

Kursus ini dirancang untuk 40-50 orang peserta bagi satu sesi dan boleh dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan.

Bila dan Di Mana 

Tarikh serta tempat perlaksanaan kursus boleh ditentukan oleh agensi pelanggan tetapi disusuli dengan perbincangan bersama pihak Two Sigma Technologies.

Jika anda berminat untuk kami mengendalikan   Kursus Pengurusan Stres di tempat anda , sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan  yang lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment