.

Thursday 20 March 2014

PHP - Rangka Kerja (Framework)

 PHP - Rangka Kerja (Framework)

PHP adalah antara bahasa pengaturcaraan yang sangat mudah untuk dipelajari, difahami dan diaplikasikan. PHP tidak menekankan mengenai struktur dalam pengaturcaraan anda, asalkan anda mengaturcara dengan betul, ianya akan mengeluarkan output yang anda kehendaki. Tetapi, ianya mungkin sesuai untuk projek yang berskala kecil, bagaimana untuk projek yang berskala besar? Mampukah anda membangunkan projek itu dengan struktur pengaturcaraan yang tidak tersusun? Disinilah gunanya rangka kerja (Framework) dalam pembangunan laman sesawang.

Rangka kerja PHP bukanlah garis panduan yang menjadi kemestian untuk anda ikuti, tetapi ianya lebih kepada alternatif kepada anda untuk memudahkan pengaturcaraan dengan lebih pantas dan teratur. Antara kelebihan menggunakan rangka kerja PHP adalah:

  1. Menggunakan corak Model View Controller (MVC).
  2. Pengurusan kod dan fail yang teratur.
  3. Menyediakan utiliti dan perpustakaan (terdapat juga pelbagai plugin).
  4. Mengurangkan kod dan pembangunan yang lebih cepat.
  5. Lebih selamat.
  6. Sokongan komuniti.
Antara rangka kerja PHP yang slalu digunakan adalah rangka kerja Codeignetor (CI), Yii dan Laravel.


Codeigniter (CI) adalah  rangka kerja terawal pembangunan applikasi untuk mereka yang membangunkan laman sesawang menggunakan PHP.  CI menjadi pilihan bagi pengaturcara PHP disebabkan ianya lebih mudah digunakan dan jumlah warga komunitinya yang sangat ramai.

Yii pula adalah rangka kerja yang sesuai untuk pembangunan applikasi web berskala besar. Ini kerana Yii mempunyai hampir kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk pembangunan aplikasi web 2.0 pada hari ini. Tambahanpula, Yii merupakan antara rangka kerja PHP yang paling cekap.

Hari ini, Laravel adalah antara rangka kerja PHP yang semakin menjadi pilihan ramai. Mungkin ianya tidak terkenal seperti Yii dan CI, tetapi Laravel menunjukkan keupayaannya  yang tersendiri. Laravel percaya pembangunan laman sesawang hendaklah menyeronokkan dengan memberikan pengalaman yang lebih kreatif kepada pengguna. Bagi pengaturcara PHP yang sudah bosan menghadap kod PHP bertahun-tahun, kemunculan Laravel memberikan suasana yang baru dan lebih menyeronokkan. Hakikatnya, lebih ramai pengaturcara PHP mula menggunakan Laravel.

Sekarang mari kita lihat yang rangka kerja yang mana menjadi pilihan pengguna. 
Berdasarkan carta dari http://www.sitepoint.com/best-php-frameworks-2014/, Laravel dilihat menjadi rangka kerja yang paling popular sehingga akhir tahun 2013 walaupun ianya rangka kerja yang baru. Di sitepoint juga menyatakan Laravel adalah antara rangka kerja yang menjamin untuk tahun 2014. Yii dan CI berkongsi peratusan populariti iaitu 7.62%, walaubagaimanapun ini tidak bermakna mereka tidak bagus, ini kerana CI merupakan antara rangka kerja PHP yang paling awal dan paling ramai pengguna manakala Yii adalah rangka kerja PHP yang paling cekap. CI dan Yii telah lama terbukti sebagai rangka kerja yang hebat.

Seterusnya, mari kita lihat dari segi prestasi rangka kerja ini.

Graf yang disediakan di http://www.ruilog.com/blog/view/b6f0e42cf705.html menunjukkan permintaan per saat oleh beberapa rangka kerja PHP. Jika dibandingkan ketiga-tiga rangka kerja (CI, Yii dan Laravel), Laravel adalah yang terpantas manakala CI dan Yii tidak mempunyai banyak perbezaan.

Laravel juga dilihat menggunakan memori yang paling rendah jika dibandingkan dengan CI dan Yii. Walaubagaimanapun, prestasi setiap rangka kerja tidak boleh dibandingkan dengan mudah, ini yang diperkatakan oleh Lukasz Kujawa di http://systemsarchitect.net/performance-benchmark-of-popular-php-frameworks/. Beliau menerangkan bahawa terdapat banyak cara menggunakan rangka kerja dan ianya akan mempengaruhi prestasi.

Jika dilihat dari keputusan graf, di lihat Laravel adalah rangka kerja PHP yang paling berprestasi. Tetapi dalam masa yang sama, keupayaan CI dan Yii tidak boleh dinafikan. Yii juga dilihat sebagai rangka kerja yang pantas dan sangat sesuai untuk pembangunan yang berskala besar. CI pula dilihat sebagai rangka kerja yang mudah untuk digunakan, tetapi disebabkan beberapa kekurangan yang boleh dilihat di http://www.phpframeworks.com/, ramai pengguna CI telah beralih rangka kerja.

Selain rangka kerja CI, Yii dan Laravel terdapat banyak lagi rangka kerja PHP yang ada. Setiap rangka kerja mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tetapi yang pasti kesemuanya mempunyai objektif yang sama iaitu menjadikan pengaturcaraan anda lebih teratur, mudah dan cepat. Kod yang teratur bukan sahaja menunjukkan anda seorang pengaturcara yang berdisplin malah ia memudahkan sebarang pengubahasuaian kod pada masa akan datang.

Untuk mempelajari Web Applications Development with Laravel PHP Framework, anda boleh mengikuti kursus ini pada 19/5/2014 – 22/5/2014 di Two Sigma Technologies. Selain rangka kerja Laravel, kami juga menyediakan kursus mempelajari rangka kerja Codeigniter dan juga Yii.

 Anda boleh mendapatkan kalendar kursus kami di http://www.training.2-sigma.com dan  sekiranya anda berminat boleh la hubungi kami di talian 03-61880601 untuk mendapatkan kandungan kursus dan tarikh kursus terdekat ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com.

0 comments:

Post a Comment