.

Thursday 27 March 2014

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang


Pengenalan
Perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan dan komitmen organisasi dalam menyempurnakan penyampaian produk atau servis dengan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya melebihi daripada tahap yang mereka harapkan secara berterusan dan konsisten. Perkhidmatan pelanggan adalah salah satu alat pengukur utama untuk menentukan kejayaan setiap organisasi. Dengan itu, Two Sigma Technologies menawarkan untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang bagi membantu organisasi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Objektif 
  • Memberi pengetahuan secara umum dan secara asas mengenai Perkhidmatan Pelanggan Dan Kaunter. 
  • Memberi kesedaran betapa pentingnya pengetahuan Perkhidmatan Pelanggan Dan Kaunter dalam sesuatu organisasi. 
  • Menanam serta membina perasaan yakin kepada diri sendiri dan penyesuaian diri apabila berkomunikasi dan berhadapan dengan pelanggan. 
  • Meningkatkan imej diri, kemahiran berkomunikasi, adab dan etika dalam organisasi yang dianggotai.
  • Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang Perkhidmatan Pelanggan dan Kaunter.
  • Memberi bimbingan cara pengendalian pelanggan dengan cekap dan sempurna serta mengikut amalan protokol and etika semasa. 
  • Berasa senang hati dan yakin pada diri sendiri apabila mengendalikan pelanggan.
Kandungan Kursus 
  • Pengenalan Kepada Sektor Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan. 
  • Teknik Perkhidmatan Kaunter dan Pelanggan.
  • Komunikasi Di Kaunter Dan Komunikasi Bersama Pelanggan.
  • Teknik Pengendalian Pelanggan Bermasalah.
  • Etika & Peradaban Pelanggan.
  • Tatacara Pengendalian Telefon (Helpdesk). 
  • Komunikasi Interpersonal Di Persekitaran Tempat Kerja. 
Sasaran Peserta Kursus
Kursus ini dirancang untuk 40-50 orang peserta bagi satu sesi dan boleh dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan.

Bila dan Di Mana 
Tarikh serta tempat perlaksanaan kursus boleh ditentukan oleh agensi pelanggan tetapi disusuli dengan perbincangan bersama pihak Two Sigma Technologies.

Sekiranya berminat untuk kami mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang di tempat anda, sila hubungi kami di talian 03-61880601 ataupun menerusi emel sales@2-sigma.com  untuk mendapatkan kandungan kursus atau keterangan yang lebih lanjut.


0 comments:

Post a Comment