.

Sunday 23 March 2014

PHP di dalam Enterprise

PHP di dalam Enterprise

Zend dan UBM TechWeb telah bekerjasama untuk melancarkan kaji selidik yang pertama terhadap pembuat keputusan (decision-makers) IT dalam membuat keputusan penggunaan PHP untuk pembinaan aplikasi di dalam enterprise yang besar.

Kajian ini dikendalikan oleh UBM TechWeb, iaitu peneraju global dalam media teknologi perniagaan. Tumpuan kaji selidik ini adalah untuk mengkaji bagaimana pengarah dan eksekutif membuat keputusan untuk menggunakan PHP dalam pembinaan aplikasi.

Penemuan Utama

Hasil kaji selidik ini menunjukkan bahawa PHP digunakan dengan meluas untuk membangunkan dan menjalankan pelbagai aplikasi yang penting. Penyumbang utama dalam peningkatan penggunaan PHP adalah:
  • Kitaran pembangunan yang lebih pantas jika dibandingkan dengan bahasa pengaturcaraan yang lain.
  • Tenaga kerja berbakat yang ramai dan mudah didapati.
  • proses pembangunan aplikasi yang lebih cekap.
Keputusan dari kaji selidik mendapati 97 peratus organisasi yang menggunakan PHP bercadang meluaskan lagi penggunaannya serta bercadang menambah lagi projek PHP dalam masa 12 hingga 18 bulan akan datang. 

Bagaimana PHP digunakan?

Kajian memdedahkan bahawa banyak organisasi dan pembangun aplikasi telah menggunakan dan melancarkan aplikasi PHP yang penting.

Seperti carta di atas, 60 peratus mengatakan aplikasi PHP dibina untuk tujuan perniagaan yang kritikal seperti meningkatkan hasil  dan juga menjalankan proses-proses yang kritikal. Hanya 15 peratus mengatakan mereka menggunakannya untuk kegunaan yang kurang kritikal, manakala lagi 13 peratus masih mencuba menggunakan aplikasi PHP.

Bagi menguatkan lagi kesahihan hasil kaji selidik ini, kebanyakkan mereka ini mempunyai pengalaman membangunkan aplikasi yang memerlukan keperluan yang ketat seperti aplikasi kewangan, e-dagang dan jualan. Secara keseluruhannya, aplikasi-aplikasi ini berjaya dilancarkan dengan jayanya justeru membuktikan PHP boleh dipercayai untuk digunakan dalam pembangunan pelbagai jenis aplikasi.



Jadual diatas menunjukkan hasil kaji selidik ke atas pembangun PHP yang aktif. Rata-ratanya mengatakan pembangunan aplikasi menggunakan PHP tidak mempunyai banyak isu. Satu-satunya isu yang timbul adalah berkenaan debugging dimana isu ini boleh ditangani dengan peralatan (tools) yang betul dan banyak boleh didapati di pasaran.

Apa yang boleh disimpulkan dari kaji selidik ini adalah:
  • PHP kini digunakan dengan meluas dalam enterprise.
  • Organisasi sudah mula menggunakan aplikasi PHP untuk menjana pendapatan dan menguruskan proses yang kritikal.
  • Organisasi mendapat manfaat daripada kitaran pembangunan yang lebih cepat, cekap dan kos yang lebih murah.
  • Pemaju PHP  yang berbakat ramai dan mudah didapati.
  • Dengan berkembangnya pembangunan menggunakan PHP, semakin ramai bakat pengaturcara PHP diperlukan.
  • Penggunaan alat seperti rangka kerja dan perkhidmatan juga boleh dipertimbangkan oleh organisasi dalam pembangunan PHP.
Untuk melihat laporan penuh kaji selidik ini, anda boleh mendapatkannya dari laman sesawang Zend di alamat http://www.zend.com/en/company/community/state-of-php-in-the-enterprise?src=li .

Untuk mempelajarai dengan lebih lanjut mengenai PHP, anda boleh mengikuti kursus berkaitan PHP yang dianjurkan oleh Two Sigma Technologies . Untuk melihat kalendar kursus kami anda boleh melayari laman sesawang kami di http://www.training.2-sigma.com.

 Jika anda berminat boleh emelkan kepada kami di farahiryanti@2-sigma.com atau sales@2-sigma.com atau melalui talian telefon di 03-61880601.


0 comments:

Post a Comment